Tuesday, August 11, 2009

Ditangguhkan lagi ...

Perkhabaran terbaru yang diterima melalui fax hari Isnin yang lalu adalah berkaitan penangguhan Kem Kelab Pencinta Filem yang sepatutnya diadakan pada minggu ini.
Penangguhan kali ini adalah sehingga diberitahu kelak.

Sebagai guru yang bertanggungjawab terhadap urusan membawa pelajar, saya amat lega dengan penangguhan ini. Keadaan sekeliling amat membimbangkan dan penularan wabak H1N1 masih tidak reda.

Untuk para peserta, bersabarlah kerana ada yang lebih penting perlu kita pertimbangkan selain dari keseronokkan menghadiri kem ini. Yang pasti, senarai peserta masih kekal seperti yang asal dan rayuan-rayuan yang diterima hanya akan dipertimbangkan jika ada yang menarik diri.
Jaga diri
Jaga kesihatan
Tumpukan pada ujian yang bakal dihadapi.

Friday, July 24, 2009

Ditangguhkan ..

Kem Kelab pencinta Filem telah ditangguhkan pada tarikh baru. Segalanya telah diatur dan persiapan telah dibuat sejak pertengahan Jun namun ia tetap tidak dapat dielakkan. Kes H1N1 di KYM menyebabkan program ini ditunda.
Sebagai gantinya, kesemua 10 peserta telah dapat memeriahkan Hari kokurikulum SMKSMS 2009. Kupon juga terpaksa dibeli pada saat akhir. Jika tahun lepas, KPF membuka gerai permintaan lagu namun tahun ini kami tidak membuka apa-apa gerai. Pembatalan saat akhir kem ini menyebabkan kami tidak dapat bersedia untuk menyediakan gerai bagi permintaan lagu.

Sunday, July 12, 2009

KEM KELAB PENCINTA FILEM (ZON TENGAH DAN SELATAN) 2009

Tarikh : 24-26 Julai 2009
Tempat : Kolej Yayasan Melaka
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi

Seramai 10 orang ahli KPF akan menyertai Kem ini dan mereka kelihatan bersemangat walau masih tertanya-tanya tentang pengisiannya.
Seramai lapan pelajar terdiri daripada ahli tingkatan 4 dan yang selebihnya adalah dari kalangan ahli tingkatan 5. Maklumat lanjut tentang Kem ini akan ditampal di papan kenyataan KPF.

Thursday, July 9, 2009

Sesi Tayangan Filem

Tarikh : 1 Julai 2009
Masa : 2.15 ptg

Tempat : Dewan Terbuka SMKSMS


Hari perjumpaan kelab dan persatuan pada kali ini telah dipenuhi dengan sesi tayangan filem. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu Tn. Hj. Atan b Nordin dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh pihak FINAS kepada Kelab Pencinta Filem.





Saturday, June 20, 2009

Majlis Pelancaran Laman Blog KPF

Tarikh : 17 Jun 2009
Masa : 2.15 petang
Tempat : Makmal Komputer SMKSMS

Majlis Pelancaran laman blog ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Md Rashid b Hj Hussin, Pengetua SMKSMS. Turut hadir mengiringi Tuan Pengetua adalah GPK Kokurikulum iaitu Pn. Hjh Norhati bt Ibrahim dan guru penasihat KPF Pn Zanariah bt Hj Salleh.

Majlis telah dimulakan dengan sesi persembahan Power Point oleh sdri. Norlina bt Md Ali. Persembahan power point ini adalah penerangan ringkas tentang Kelab Pencinta Filem, matlamat dan objektif serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Seterusnya adalah ucapan perasmian oleh Tuan Hj Md Rashid b Hj Husin. Tuan Pengetua banyak menyentuh tentang pentingnya pelajar menilai sesuatu filem itu secara wajar dan mampu membezakan antara perkara baik dan buruk yang dipaparkan. Kebolehan menilai dan memilih ini penting agar unsur positif yang dipapar dapat menjadi ikutan dan unsur-unsur negatif dan tidak sihat dapat dijadikan sempadan dalam hidup.

Tuan Pengetua turut sudi menyampaikan hadiah kepada tiga orang pemenang kuiz perfileman yang telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Galeri sempena Majlis Pelancaran Laman Blog





Sunday, June 7, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 5

SESI LAKONAN
Tahniah Lina ...

Seramai 4 peserta telah dipilih utuk menjayakan sesi lakonan ini. Walau dijalankan secara spontan namun ia tetap berjaya mencuit hati semua orang.
Dengan bantuan dari Pierre, para peserta telah cuba untuk mengetengahkan bakat masing-masing. Tahniah kepada Norlina yang telah berjaya melakonkan wataknya dengan baik. Nyata lakonan Norlina semasa sesi ini dan nyanyian sambil berlakon sewaktu sesi 'voice your talent' telah berjaya membolehkan beliau terpilih sebagai peserta perempuan terbaik.

Norlina sewaktu sesi lakonan.

Abang udang dan rakan-rakan
p/s hanya guru-guru dan rakan-rakan lawatan yang mengetahui rahsia disebalik panggilan ini
cuba teka yang mana satu abang udang?

Tuesday, June 2, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 4

SESI BERSAMA MUHAMMAD PIERRE ANDRE
(Pengarah Filem, Pelakon dan Penulis Skrip)


Semua memang telah teruja untuk bersama beliau. Anak kepada pelakon Katijah Tan ini sememangnya seorang yang amat berbakat dan amat berpotensi untuk terus melangkah dengan lebih hebat di masa hadapan.

Sesi ini bermula dengan penceritaan beliau terhadap masa lalunya di zaman persekolahan, bagaimana minat dan keinginan beliau untuk menceburi bidang ini, kejayaan yang bermula dengan keinginan beliau sejak dibangku persekolahan.

Sesi ini amat santai dan pelbagai persoalan diajukan berkisar dari aspek peribadi, keluarga dan kejayaan beliau. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini amat menyeronokkan. Kisah di belakang tabir seperti pengarahan dan penulisan skrip juga telah disentuh.

Selain dari itu, apa yang lebih penting, beliau menyuntik semangat kepada para peserta untuk berani menceburi bidang yang diminati dan berusaha untuk mencapainya. Disetiap apa yang diceburi perlu ada matlamat untuk berjaya dan berusaha keras ke arah itu.


Monday, June 1, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 3

Pameran Filem Seram

Sesi lawatan ke Pameran Seram bermula. Ini antara gambar yang dapat dirakam ketika di dalam pameran. Secara keseluruhannya lawatan ini dipenuhi dengan jeritan kerana diganggu oleh hantu yang ada. Semuanya nampak gembira dan teruja.Melangkah masuk dengan berhati-hati

Antara contoh poster filem-filem hantu

Sibuk merakam gambar dan video

Walau takut tapi masih tersenyum

Replika hantu

Mengintai pocong disebalik tembok

Encik Khairu dan pelajar

Seronok

Ini peluang terakhir bagi pelajar tingkatan 5

Pn. Hjh Suwaibah, Pn. Hjh Zainab dan Pn. Junaidah

Pn. Zanariah, Pn. Hjh Suwaibah dan En. Khairu Rashid


Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 2

Taklimat Lawatan

Tiba di Galeri

Sesi Taklimat - Guru pengiring

Pelajar sedang mendengar taklimat


Inilah En.Muhammad Ar-Riyyan

Sesi Taklimat diadakan di lobi Galeri Perfileman FINAS. Taklimat aktiviti telah disampaikan oleh En. Muhammad Ar-Riyyan b Roslan.

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 1

Perjalanan Bermula

Tahun ini kami berazam bertolak lebih awal dari dulu agar dapat tiba menepati masa. Seawal jam 7.05 pagi telah kelihatan pelajar mula sampai dan sesi minum pagi bermula. Puan Zanariah telah menyediakan sarapan pagi berupa nasi lemak.
Setelah semua telah bersarapan termasuklah guru-guru pengiring, maka bermulalah perjalanan kami. Mengikut perancangan pemandu bas, perjalanan ini akan memakan masa selama 1 jam 30 minit.
Apa yang berlaku, perjalanan ini memakan masa selama 2 jam 30minit. Pemandu rupanya tidak tahu jalan ke Galeri walau beliau menyatakan tiada masalah bila ditanya. Tepat jam 9.45 pagi, kami berada di hadapan Istana Budaya dan pemandu terpaksa bertanya arah daripada orang lain. Setelah mendapat panduan arah barulah kami tiba di Galeri.