Monday, November 30, 2009

Kem Kelab Pencinta Filem Zon Tengah dan Selatan

Tarikh : 13 - 15 November 2009
Tempat : KYM Melaka
Jumlah Peserta : 9 orang
Anjuran : FINAS


Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh para peserta dan nyata kesemua peserta sangat gembira. Ucapan terima kasih kepada guru pengiring Cik NadaNadhirah kerana sudi bersama mgiringi para pelajar disepanjang kem ini berlangsung.
Berikut adalah sebahagian dari gambar kenangan para peserta.






Pencapaian KOKU A

Tarikh : 12 November 2009
Acara : Hari Kualiti dan Kecemerlangan 2009


Tahniah kepada lima pelajar dari Kelab Pencinta Filem kerana kejayaan mendapat pencapaian Koku A. Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada pelajar lain. Kami di Kelab Pencinta Filem amat berbangga dengan kejayaan anda.
Wani, Lina, Adzlia dan Firdaus.
Tiada dlm gambar - Mohd Faiz

Tuesday, October 6, 2009

PMR 2009

Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada semua warga SMK Sultan Mansor Shah.
Semoga semua calon akan mendapat keputusan cemerlang.

Dari kami,
Kelab Pencinta Filem

Thursday, September 10, 2009

Bilik FINAS ~ Part 1

Ini adalah bilik yang bakal menjadi Bilik FINAS. Barangan yang ada ini adalah merupakan barangan yang akan diambil oleh pengurusan Bilik SAL. Tiada apa yang dapat dibuat selagi kesemua barang ini tidak dipindahkan.

Gambar 1 - pandangan dari pintu masuk ke bilik.
Gambar 2 - Kesemua perabot yang akan dipindahkan.
Gambar 3 - Peralatan skrin dan projektor juga akan dipindahkan.
Gambar 4 - Meja dan kerusi ini memang kepunyaan Bilik FINAS dan diambil dari bilik guru lama.


Gambar 1 dan 2
Almari / Gobok barang bercat pink ini akan menjadi milik kami kerana keadaannya yang uzur. Kami berazam untuk menukar wajah pada almari antik ini.

Gambar 3
Jaring tingkap ini perlu diubahsuai agar burung tidak dapat masuk dan menghuni Bilik ini.

Antara perkara yang akan dibuat:
~membuka alatan projektor dan memindahkannya
~mengeluarkan semua perabot Bilik SAL
~pemasangan jaring halus pada tingkap.
~proses mengecat dinding, pintu dan perabot
~pemasangan rak dinding
~langsir dan adik beradiknya


Proses ini akan memakan masa yang panjang. Halangan paling besar adalah kekurangan tenaga kerja dan tiada sumber kewangan.

Wednesday, September 2, 2009

Terima Kasih Tuan Pengetua ..

Berita ini merupakan satu kejutan kepada semua. Tuan pengetua akan berpindah ke sekolah baru dan ini adalah minggu terakhir beliau di SMK SMS. Berita baik tentang Bilik FINAS yang diterima sebelum ini rupanya mengiringi berita perpindahan beliau ke sekolah baru.

Ucapan Terima Kasih dari kami di Kelab Pencinta Filem kerana beliau dan GPK Koku antara orang yang banyak memberi sokongan kepada keseluruhan perjalanan KPF.

Tuesday, September 1, 2009

Rumah Baru .. Bilik Baru

Berita baik yang diketahui secara tidak sengaja ini adalah berkaitan dengan Bilik Khas untuk Kelab Pencinta Filem.

Memandangkan barang-barang yang dibekalkan ole FINAS telah banyak diterima maka pihak sekolah telah memberi sebuah bilik khas bagi mengumpulkan semua barangan KPF.

Bilik ini juga akan menjadi Bilik Operasi KPF dan merangkap sebuah bilik tayangan mini yang mampu memuatkan sehingga 40 orang bagi satu-satu sesi tayangan. Kami amat bersyukur dengan pemberian bilik ini.

Banyak perancangan perlu dibuat untuk menghias dan menyusun atur bilik ini.
Aspek keselamatan perlu dipertimbangkan agar alatan yang ada terjamin keselamatannya.

Tuesday, August 11, 2009

Ditangguhkan lagi ...

Perkhabaran terbaru yang diterima melalui fax hari Isnin yang lalu adalah berkaitan penangguhan Kem Kelab Pencinta Filem yang sepatutnya diadakan pada minggu ini.
Penangguhan kali ini adalah sehingga diberitahu kelak.

Sebagai guru yang bertanggungjawab terhadap urusan membawa pelajar, saya amat lega dengan penangguhan ini. Keadaan sekeliling amat membimbangkan dan penularan wabak H1N1 masih tidak reda.

Untuk para peserta, bersabarlah kerana ada yang lebih penting perlu kita pertimbangkan selain dari keseronokkan menghadiri kem ini. Yang pasti, senarai peserta masih kekal seperti yang asal dan rayuan-rayuan yang diterima hanya akan dipertimbangkan jika ada yang menarik diri.
Jaga diri
Jaga kesihatan
Tumpukan pada ujian yang bakal dihadapi.

Friday, July 24, 2009

Ditangguhkan ..

Kem Kelab pencinta Filem telah ditangguhkan pada tarikh baru. Segalanya telah diatur dan persiapan telah dibuat sejak pertengahan Jun namun ia tetap tidak dapat dielakkan. Kes H1N1 di KYM menyebabkan program ini ditunda.
Sebagai gantinya, kesemua 10 peserta telah dapat memeriahkan Hari kokurikulum SMKSMS 2009. Kupon juga terpaksa dibeli pada saat akhir. Jika tahun lepas, KPF membuka gerai permintaan lagu namun tahun ini kami tidak membuka apa-apa gerai. Pembatalan saat akhir kem ini menyebabkan kami tidak dapat bersedia untuk menyediakan gerai bagi permintaan lagu.

Sunday, July 12, 2009

KEM KELAB PENCINTA FILEM (ZON TENGAH DAN SELATAN) 2009

Tarikh : 24-26 Julai 2009
Tempat : Kolej Yayasan Melaka
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi

Seramai 10 orang ahli KPF akan menyertai Kem ini dan mereka kelihatan bersemangat walau masih tertanya-tanya tentang pengisiannya.
Seramai lapan pelajar terdiri daripada ahli tingkatan 4 dan yang selebihnya adalah dari kalangan ahli tingkatan 5. Maklumat lanjut tentang Kem ini akan ditampal di papan kenyataan KPF.

Thursday, July 9, 2009

Sesi Tayangan Filem

Tarikh : 1 Julai 2009
Masa : 2.15 ptg

Tempat : Dewan Terbuka SMKSMS


Hari perjumpaan kelab dan persatuan pada kali ini telah dipenuhi dengan sesi tayangan filem. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu Tn. Hj. Atan b Nordin dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh pihak FINAS kepada Kelab Pencinta Filem.





Saturday, June 20, 2009

Majlis Pelancaran Laman Blog KPF

Tarikh : 17 Jun 2009
Masa : 2.15 petang
Tempat : Makmal Komputer SMKSMS

Majlis Pelancaran laman blog ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Md Rashid b Hj Hussin, Pengetua SMKSMS. Turut hadir mengiringi Tuan Pengetua adalah GPK Kokurikulum iaitu Pn. Hjh Norhati bt Ibrahim dan guru penasihat KPF Pn Zanariah bt Hj Salleh.

Majlis telah dimulakan dengan sesi persembahan Power Point oleh sdri. Norlina bt Md Ali. Persembahan power point ini adalah penerangan ringkas tentang Kelab Pencinta Filem, matlamat dan objektif serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Seterusnya adalah ucapan perasmian oleh Tuan Hj Md Rashid b Hj Husin. Tuan Pengetua banyak menyentuh tentang pentingnya pelajar menilai sesuatu filem itu secara wajar dan mampu membezakan antara perkara baik dan buruk yang dipaparkan. Kebolehan menilai dan memilih ini penting agar unsur positif yang dipapar dapat menjadi ikutan dan unsur-unsur negatif dan tidak sihat dapat dijadikan sempadan dalam hidup.

Tuan Pengetua turut sudi menyampaikan hadiah kepada tiga orang pemenang kuiz perfileman yang telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Galeri sempena Majlis Pelancaran Laman Blog





Sunday, June 7, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 5

SESI LAKONAN
Tahniah Lina ...

Seramai 4 peserta telah dipilih utuk menjayakan sesi lakonan ini. Walau dijalankan secara spontan namun ia tetap berjaya mencuit hati semua orang.
Dengan bantuan dari Pierre, para peserta telah cuba untuk mengetengahkan bakat masing-masing. Tahniah kepada Norlina yang telah berjaya melakonkan wataknya dengan baik. Nyata lakonan Norlina semasa sesi ini dan nyanyian sambil berlakon sewaktu sesi 'voice your talent' telah berjaya membolehkan beliau terpilih sebagai peserta perempuan terbaik.

Norlina sewaktu sesi lakonan.

Abang udang dan rakan-rakan
p/s hanya guru-guru dan rakan-rakan lawatan yang mengetahui rahsia disebalik panggilan ini
cuba teka yang mana satu abang udang?

Tuesday, June 2, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 4

SESI BERSAMA MUHAMMAD PIERRE ANDRE
(Pengarah Filem, Pelakon dan Penulis Skrip)


Semua memang telah teruja untuk bersama beliau. Anak kepada pelakon Katijah Tan ini sememangnya seorang yang amat berbakat dan amat berpotensi untuk terus melangkah dengan lebih hebat di masa hadapan.

Sesi ini bermula dengan penceritaan beliau terhadap masa lalunya di zaman persekolahan, bagaimana minat dan keinginan beliau untuk menceburi bidang ini, kejayaan yang bermula dengan keinginan beliau sejak dibangku persekolahan.

Sesi ini amat santai dan pelbagai persoalan diajukan berkisar dari aspek peribadi, keluarga dan kejayaan beliau. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini amat menyeronokkan. Kisah di belakang tabir seperti pengarahan dan penulisan skrip juga telah disentuh.

Selain dari itu, apa yang lebih penting, beliau menyuntik semangat kepada para peserta untuk berani menceburi bidang yang diminati dan berusaha untuk mencapainya. Disetiap apa yang diceburi perlu ada matlamat untuk berjaya dan berusaha keras ke arah itu.


Monday, June 1, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 3

Pameran Filem Seram

Sesi lawatan ke Pameran Seram bermula. Ini antara gambar yang dapat dirakam ketika di dalam pameran. Secara keseluruhannya lawatan ini dipenuhi dengan jeritan kerana diganggu oleh hantu yang ada. Semuanya nampak gembira dan teruja.Melangkah masuk dengan berhati-hati

Antara contoh poster filem-filem hantu

Sibuk merakam gambar dan video

Walau takut tapi masih tersenyum

Replika hantu

Mengintai pocong disebalik tembok

Encik Khairu dan pelajar

Seronok

Ini peluang terakhir bagi pelajar tingkatan 5

Pn. Hjh Suwaibah, Pn. Hjh Zainab dan Pn. Junaidah

Pn. Zanariah, Pn. Hjh Suwaibah dan En. Khairu Rashid


Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 2

Taklimat Lawatan

Tiba di Galeri

Sesi Taklimat - Guru pengiring

Pelajar sedang mendengar taklimat


Inilah En.Muhammad Ar-Riyyan

Sesi Taklimat diadakan di lobi Galeri Perfileman FINAS. Taklimat aktiviti telah disampaikan oleh En. Muhammad Ar-Riyyan b Roslan.

Lawatan ke Galeri Finas 2009- Part 1

Perjalanan Bermula

Tahun ini kami berazam bertolak lebih awal dari dulu agar dapat tiba menepati masa. Seawal jam 7.05 pagi telah kelihatan pelajar mula sampai dan sesi minum pagi bermula. Puan Zanariah telah menyediakan sarapan pagi berupa nasi lemak.
Setelah semua telah bersarapan termasuklah guru-guru pengiring, maka bermulalah perjalanan kami. Mengikut perancangan pemandu bas, perjalanan ini akan memakan masa selama 1 jam 30 minit.
Apa yang berlaku, perjalanan ini memakan masa selama 2 jam 30minit. Pemandu rupanya tidak tahu jalan ke Galeri walau beliau menyatakan tiada masalah bila ditanya. Tepat jam 9.45 pagi, kami berada di hadapan Istana Budaya dan pemandu terpaksa bertanya arah daripada orang lain. Setelah mendapat panduan arah barulah kami tiba di Galeri.

Thursday, May 28, 2009

Hari KoKurikulum 2009

Kami mula membuat persediaan bagi aktiviti kemuncak Koku bagi sesi persekolahan 2009 ini.
Untuk makluman semua, Hari Kokurikulum ini merupakan hari yang melibatkan semua persatuan dan kelab serta badan-badan beruniform di SMKSMS.

Kelab dan Persatuan akan mengadakan pameran mengikut peranan masing-masing. Bagi Kelab Pencinta Filem kami sudah merancang untuk mengadakan 3 aktiviti dan salah satunya adalah tayangan filem. Bagaimana konsep tayangan ini masih belum dibincangkan secara terperinci.

Memandangkan ini merupakan tahun pertama kami cuba mengadakan pameran maka bahan perlu dikumpul lebih awal. Kami akan cuba memohon jasa baik pihak FINAS untuk mendapatkan bahan yang berkaitan.

Semoga semua usaha kami ini akan dipermudahkan.

Wednesday, May 27, 2009

Taklimat Lawatan

Sesi taklimat untuk program lawatan ke FINAS akan diadakan pada hari Jumaat ini. Para peserta diminta berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Guru Penasihat lawatan dan guru-guru pengiring akan turut serta dalam sesi taklimat ini.
Butiran mengenai waktu bertolak dan aktiviti akan diberikan esok.
Diharap semua peserta lawatan dapat memberikan kerjasama.


Butiran Taklimat:
Tarikh : 29 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 10.50 am
Tempat: Astaka Dataran Selamat

Wednesday, May 20, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009

Persediaan sedang giat dijalankan bagi menjayakan program tahunan kami ini. Senarai nama peserta lawatan juga sudah ditampal di papan info.

Kepada semua pelajar yang terlibat sila berjumpa dengan Sdri Syazwani dan sdra Firdaus (5MPV) untuk membuat pembayaran tambang dan mendapatkan borang kebenaran.

Segala urusan pembayaran dan pemulangan borang kebenaran perlu diselesaikan sebelum 26 Mei 2009. Semoga Program ini akan berjalan dengan lancar.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru ...



Walau hari ini hari cuti, namun ingatan pada guru tetap ada. Kami di Kelab Pencinta Filem ingin mengucapkan Selamat hari Guru untuk semua warga pendidik di SMK Sultan Mansor Shah.

Semoga cikgu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki...
Semoga cikgu tetap sabar menghadapi kerenah kami...
Semoga cikgu tetap bersemangat mengajar dan mencurah ilmu kepada kami ..


Dedicated to you .. my dearest teachers

I can appreciate
coffee without susu

nights without lampu

curry without lembu

burgers without keju

But ... Not ...

Study life without YOU .. !!


* TQ Loh for the SMS

Wednesday, April 29, 2009

DVD Filem - APRIL 2009

Pada pertengahan April yang lepas, KPF telah menerima sumbangan sebanyak 8 keping DVD pelbagai tajuk. Turut diterima adalah Majalah Sinema Malaysia. Kesemua DVD dan majalah berada pada simpanan penasihat KPF. Sesiapa yang berminat untuk pinjaman bahan, sila berhubung dengan Pn. Zanariah Hj Salleh.

Sunday, April 26, 2009

Program Ekspresi Bakatmu ..

Satu jemputan untuk mengadakan lawatan ke Galeri Perfileman FINAS telah diterima pada 24 Mac yang lepas. Pihak KPF sekolah telah menghubungi Encik Muhammad Ar-Riyyan (Pegawai Pengurusan Galeri Perfileman FINAS) dan tarikh 30 Mei dipersetujui sebagai tarikh lawatan.
Semoga program ini akan dapat memberi manfaat dan pengalaman berguna kepada ahli KPF kita. Segala persiapan sedang diatur dan surat kebenaran lawatan sedang diuruskan.

Program yang telah dirancang

SMK SMS antara 29 buah sekolah (#12)


Projek Pertama .. Papan Info

22 April 2009, Secara rasminya KPF akan mendapat guru penasihat yang baru. Bagi aktiviti pertama, Pn Zanariah telah meminta 3 orang ahli untuk mengemaskini papan info KPF.

Ciri-cirinya telah dibincangkan dengan rapi dan kita tunggu hasil dari pengemaskinian papan info ini. Semoga ia akan menjadi tarikan kepada pelajar lain untuk mendapatkan sumber maklumat terkini tentang Filem Tempatan.

Kelab Pencinta Filem SMKSMS

Walau baru ditubuhkan setahun yang lalu, kelab ini telah berpindah teraju kepada 3 orang guru. Guru pengasas KPF ( En. Hasrol Anuar Ahmat) telah berpindah ke Kedah pada akhir tahun 2008 dan diganti oleh Guru penasihat kedua Cik Kasmah bt Maidin.
Kini penasihatnya berganti lagi dan diterajui oleh Pn. Zanariah bt Hj Salleh.
Sebelum aktiviti 2009 dimuatkan, mari kita lihat dahulu gambar-gambar sewaktu sesi lawatan yang diketuai oleh En Hasrol Anuar b Amat.

SESI LAWATAN KE FINAS 2008

Tarikh : 14 Jun 2008
Jumlah guru : 8 orang
Jumlah Pelajar : 32 orang

Sesi bergambar (pelakon veteran, guru dan pelajar)
Sesi bergambar

Bersama Dato' Jins Shamsuddin

Bersama seniwati Mariani dan seniman Wahid Satay

Guru-guru pengiring

Pengasas KPF yang pertama En. Hasrol Anuar Amat

Sesi bergambar bersama pengarah Ahmad Idham dan Nanu Baharuddin

Sesi penyerahan cenderahati

Pelajar di Finas