Wednesday, July 14, 2010

KPF 2010

Bermula dengan permulaan penuh bersemangat untuk semua ahli dan permintaan keahlian juga turut meningkat. Bagi sesi 2010, KPF SMK Sultan Mansor Shah mempunyai ahli seramai 36 dengan dibimbing oleh 2 guru penasihat.

Monday, November 30, 2009

Kem Kelab Pencinta Filem Zon Tengah dan Selatan

Tarikh : 13 - 15 November 2009
Tempat : KYM Melaka
Jumlah Peserta : 9 orang
Anjuran : FINAS


Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh para peserta dan nyata kesemua peserta sangat gembira. Ucapan terima kasih kepada guru pengiring Cik NadaNadhirah kerana sudi bersama mgiringi para pelajar disepanjang kem ini berlangsung.
Berikut adalah sebahagian dari gambar kenangan para peserta.






Pencapaian KOKU A

Tarikh : 12 November 2009
Acara : Hari Kualiti dan Kecemerlangan 2009


Tahniah kepada lima pelajar dari Kelab Pencinta Filem kerana kejayaan mendapat pencapaian Koku A. Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada pelajar lain. Kami di Kelab Pencinta Filem amat berbangga dengan kejayaan anda.
Wani, Lina, Adzlia dan Firdaus.
Tiada dlm gambar - Mohd Faiz

Tuesday, October 6, 2009

PMR 2009

Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada semua warga SMK Sultan Mansor Shah.
Semoga semua calon akan mendapat keputusan cemerlang.

Dari kami,
Kelab Pencinta Filem

Thursday, September 10, 2009

Bilik FINAS ~ Part 1

Ini adalah bilik yang bakal menjadi Bilik FINAS. Barangan yang ada ini adalah merupakan barangan yang akan diambil oleh pengurusan Bilik SAL. Tiada apa yang dapat dibuat selagi kesemua barang ini tidak dipindahkan.

Gambar 1 - pandangan dari pintu masuk ke bilik.
Gambar 2 - Kesemua perabot yang akan dipindahkan.
Gambar 3 - Peralatan skrin dan projektor juga akan dipindahkan.
Gambar 4 - Meja dan kerusi ini memang kepunyaan Bilik FINAS dan diambil dari bilik guru lama.


Gambar 1 dan 2
Almari / Gobok barang bercat pink ini akan menjadi milik kami kerana keadaannya yang uzur. Kami berazam untuk menukar wajah pada almari antik ini.

Gambar 3
Jaring tingkap ini perlu diubahsuai agar burung tidak dapat masuk dan menghuni Bilik ini.

Antara perkara yang akan dibuat:
~membuka alatan projektor dan memindahkannya
~mengeluarkan semua perabot Bilik SAL
~pemasangan jaring halus pada tingkap.
~proses mengecat dinding, pintu dan perabot
~pemasangan rak dinding
~langsir dan adik beradiknya


Proses ini akan memakan masa yang panjang. Halangan paling besar adalah kekurangan tenaga kerja dan tiada sumber kewangan.

Wednesday, September 2, 2009

Terima Kasih Tuan Pengetua ..

Berita ini merupakan satu kejutan kepada semua. Tuan pengetua akan berpindah ke sekolah baru dan ini adalah minggu terakhir beliau di SMK SMS. Berita baik tentang Bilik FINAS yang diterima sebelum ini rupanya mengiringi berita perpindahan beliau ke sekolah baru.

Ucapan Terima Kasih dari kami di Kelab Pencinta Filem kerana beliau dan GPK Koku antara orang yang banyak memberi sokongan kepada keseluruhan perjalanan KPF.

Tuesday, September 1, 2009

Rumah Baru .. Bilik Baru

Berita baik yang diketahui secara tidak sengaja ini adalah berkaitan dengan Bilik Khas untuk Kelab Pencinta Filem.

Memandangkan barang-barang yang dibekalkan ole FINAS telah banyak diterima maka pihak sekolah telah memberi sebuah bilik khas bagi mengumpulkan semua barangan KPF.

Bilik ini juga akan menjadi Bilik Operasi KPF dan merangkap sebuah bilik tayangan mini yang mampu memuatkan sehingga 40 orang bagi satu-satu sesi tayangan. Kami amat bersyukur dengan pemberian bilik ini.

Banyak perancangan perlu dibuat untuk menghias dan menyusun atur bilik ini.
Aspek keselamatan perlu dipertimbangkan agar alatan yang ada terjamin keselamatannya.

Tuesday, August 11, 2009

Ditangguhkan lagi ...

Perkhabaran terbaru yang diterima melalui fax hari Isnin yang lalu adalah berkaitan penangguhan Kem Kelab Pencinta Filem yang sepatutnya diadakan pada minggu ini.
Penangguhan kali ini adalah sehingga diberitahu kelak.

Sebagai guru yang bertanggungjawab terhadap urusan membawa pelajar, saya amat lega dengan penangguhan ini. Keadaan sekeliling amat membimbangkan dan penularan wabak H1N1 masih tidak reda.

Untuk para peserta, bersabarlah kerana ada yang lebih penting perlu kita pertimbangkan selain dari keseronokkan menghadiri kem ini. Yang pasti, senarai peserta masih kekal seperti yang asal dan rayuan-rayuan yang diterima hanya akan dipertimbangkan jika ada yang menarik diri.
Jaga diri
Jaga kesihatan
Tumpukan pada ujian yang bakal dihadapi.

Friday, July 24, 2009

Ditangguhkan ..

Kem Kelab pencinta Filem telah ditangguhkan pada tarikh baru. Segalanya telah diatur dan persiapan telah dibuat sejak pertengahan Jun namun ia tetap tidak dapat dielakkan. Kes H1N1 di KYM menyebabkan program ini ditunda.
Sebagai gantinya, kesemua 10 peserta telah dapat memeriahkan Hari kokurikulum SMKSMS 2009. Kupon juga terpaksa dibeli pada saat akhir. Jika tahun lepas, KPF membuka gerai permintaan lagu namun tahun ini kami tidak membuka apa-apa gerai. Pembatalan saat akhir kem ini menyebabkan kami tidak dapat bersedia untuk menyediakan gerai bagi permintaan lagu.