Tuesday, August 11, 2009

Ditangguhkan lagi ...

Perkhabaran terbaru yang diterima melalui fax hari Isnin yang lalu adalah berkaitan penangguhan Kem Kelab Pencinta Filem yang sepatutnya diadakan pada minggu ini.
Penangguhan kali ini adalah sehingga diberitahu kelak.

Sebagai guru yang bertanggungjawab terhadap urusan membawa pelajar, saya amat lega dengan penangguhan ini. Keadaan sekeliling amat membimbangkan dan penularan wabak H1N1 masih tidak reda.

Untuk para peserta, bersabarlah kerana ada yang lebih penting perlu kita pertimbangkan selain dari keseronokkan menghadiri kem ini. Yang pasti, senarai peserta masih kekal seperti yang asal dan rayuan-rayuan yang diterima hanya akan dipertimbangkan jika ada yang menarik diri.
Jaga diri
Jaga kesihatan
Tumpukan pada ujian yang bakal dihadapi.