Thursday, September 10, 2009

Bilik FINAS ~ Part 1

Ini adalah bilik yang bakal menjadi Bilik FINAS. Barangan yang ada ini adalah merupakan barangan yang akan diambil oleh pengurusan Bilik SAL. Tiada apa yang dapat dibuat selagi kesemua barang ini tidak dipindahkan.

Gambar 1 - pandangan dari pintu masuk ke bilik.
Gambar 2 - Kesemua perabot yang akan dipindahkan.
Gambar 3 - Peralatan skrin dan projektor juga akan dipindahkan.
Gambar 4 - Meja dan kerusi ini memang kepunyaan Bilik FINAS dan diambil dari bilik guru lama.


Gambar 1 dan 2
Almari / Gobok barang bercat pink ini akan menjadi milik kami kerana keadaannya yang uzur. Kami berazam untuk menukar wajah pada almari antik ini.

Gambar 3
Jaring tingkap ini perlu diubahsuai agar burung tidak dapat masuk dan menghuni Bilik ini.

Antara perkara yang akan dibuat:
~membuka alatan projektor dan memindahkannya
~mengeluarkan semua perabot Bilik SAL
~pemasangan jaring halus pada tingkap.
~proses mengecat dinding, pintu dan perabot
~pemasangan rak dinding
~langsir dan adik beradiknya


Proses ini akan memakan masa yang panjang. Halangan paling besar adalah kekurangan tenaga kerja dan tiada sumber kewangan.

Wednesday, September 2, 2009

Terima Kasih Tuan Pengetua ..

Berita ini merupakan satu kejutan kepada semua. Tuan pengetua akan berpindah ke sekolah baru dan ini adalah minggu terakhir beliau di SMK SMS. Berita baik tentang Bilik FINAS yang diterima sebelum ini rupanya mengiringi berita perpindahan beliau ke sekolah baru.

Ucapan Terima Kasih dari kami di Kelab Pencinta Filem kerana beliau dan GPK Koku antara orang yang banyak memberi sokongan kepada keseluruhan perjalanan KPF.

Tuesday, September 1, 2009

Rumah Baru .. Bilik Baru

Berita baik yang diketahui secara tidak sengaja ini adalah berkaitan dengan Bilik Khas untuk Kelab Pencinta Filem.

Memandangkan barang-barang yang dibekalkan ole FINAS telah banyak diterima maka pihak sekolah telah memberi sebuah bilik khas bagi mengumpulkan semua barangan KPF.

Bilik ini juga akan menjadi Bilik Operasi KPF dan merangkap sebuah bilik tayangan mini yang mampu memuatkan sehingga 40 orang bagi satu-satu sesi tayangan. Kami amat bersyukur dengan pemberian bilik ini.

Banyak perancangan perlu dibuat untuk menghias dan menyusun atur bilik ini.
Aspek keselamatan perlu dipertimbangkan agar alatan yang ada terjamin keselamatannya.