Thursday, May 28, 2009

Hari KoKurikulum 2009

Kami mula membuat persediaan bagi aktiviti kemuncak Koku bagi sesi persekolahan 2009 ini.
Untuk makluman semua, Hari Kokurikulum ini merupakan hari yang melibatkan semua persatuan dan kelab serta badan-badan beruniform di SMKSMS.

Kelab dan Persatuan akan mengadakan pameran mengikut peranan masing-masing. Bagi Kelab Pencinta Filem kami sudah merancang untuk mengadakan 3 aktiviti dan salah satunya adalah tayangan filem. Bagaimana konsep tayangan ini masih belum dibincangkan secara terperinci.

Memandangkan ini merupakan tahun pertama kami cuba mengadakan pameran maka bahan perlu dikumpul lebih awal. Kami akan cuba memohon jasa baik pihak FINAS untuk mendapatkan bahan yang berkaitan.

Semoga semua usaha kami ini akan dipermudahkan.

Wednesday, May 27, 2009

Taklimat Lawatan

Sesi taklimat untuk program lawatan ke FINAS akan diadakan pada hari Jumaat ini. Para peserta diminta berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Guru Penasihat lawatan dan guru-guru pengiring akan turut serta dalam sesi taklimat ini.
Butiran mengenai waktu bertolak dan aktiviti akan diberikan esok.
Diharap semua peserta lawatan dapat memberikan kerjasama.


Butiran Taklimat:
Tarikh : 29 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 10.50 am
Tempat: Astaka Dataran Selamat

Wednesday, May 20, 2009

Lawatan ke Galeri Finas 2009

Persediaan sedang giat dijalankan bagi menjayakan program tahunan kami ini. Senarai nama peserta lawatan juga sudah ditampal di papan info.

Kepada semua pelajar yang terlibat sila berjumpa dengan Sdri Syazwani dan sdra Firdaus (5MPV) untuk membuat pembayaran tambang dan mendapatkan borang kebenaran.

Segala urusan pembayaran dan pemulangan borang kebenaran perlu diselesaikan sebelum 26 Mei 2009. Semoga Program ini akan berjalan dengan lancar.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru ...



Walau hari ini hari cuti, namun ingatan pada guru tetap ada. Kami di Kelab Pencinta Filem ingin mengucapkan Selamat hari Guru untuk semua warga pendidik di SMK Sultan Mansor Shah.

Semoga cikgu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki...
Semoga cikgu tetap sabar menghadapi kerenah kami...
Semoga cikgu tetap bersemangat mengajar dan mencurah ilmu kepada kami ..


Dedicated to you .. my dearest teachers

I can appreciate
coffee without susu

nights without lampu

curry without lembu

burgers without keju

But ... Not ...

Study life without YOU .. !!


* TQ Loh for the SMS